Powered by Blogger.
RSS

Kelas Membuat Coklat (Handmade Chocolate)

Kelas berkonsep praktikal "hands-on" ini sesuai untuk pengemar coklat yang ingin membuat coklat mengikut citarasa sendiri, sedap, mudah, murah dan halal. Peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa. Kemahiran yang diperolehi juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain menambahkan pengetahuan anda.

Info kelas pengenalan asas membuat coklat
1) Kelas akan diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) Teknik membuat inti/filling
5) Teknik mencairkan coklat compound
6) Teknik mewarna coklat
7) Teknik tempering untuk real coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Pralin compound dengan isian badam dan filling
2) Coklat Oreo
3) Coklat Oreo Edible Image
4) Lollichoc

Kadar bayaran RM180 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Nota
iii) Minum petang (percuma)

Info kelas membuat kotak coklat
1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) teknik mencairkan coklat compound
5) Teknik mewarna coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Kotak coklat hantaran saiz XL
2) Kotak coklat saiz M

Kadar bayaran RM100 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Minum petang (percuma)

Jadual kedua-dua kelas:
Setiap Sabtu dan Ahad (2.00 ptg - 6.00 ptg)
Hari Isnin - Jumaat (temujanji)

Perhatian:
i) Terhad 1 - 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan.
ii) Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.
iii) Kelas boleh juga diadakan ditempat sendiri dengan syarat melebihi seorang dan terdapat kemudahan peti sejuk untuk membekukan coklat dan tempat memasak air panas.


Post Icon

Peserta Kursus


Kak Jehan dari Cenderawasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Coffee Chocolate


 20 biji RM1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Doraemon


RM1/DAREMON

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Loly Smile


RM1


RM1.50

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kelas Buatan Tangan Di Rumah

Umumnya coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat secara tulen / real chocolate (coklat couverture) dan coklat compound.

Tetapi pada pandangan masyarakat, terdapat satu lagi jenis coklat yang terdapat dipasaran iaitu coklat masakan (cooking chocolate).

Hanya terdapat 2 jenis coklat sahaja yang sesuai untuk dibuat COKLAT:

  • Coklat tulen / real coklat @ couverture chocolate (MILK CHOCOLATE BLOCK)
  • Coklat compound (MILK / DARK / WHITE)

Coklat Couverture (Tulen)
Sejenis coklat yang dihasilkan menggunakan cocoa butter (lemak koko). Contoh coklat yang menggunakan coklat tulen ialah coklat Ferrero Rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal.

Juga dijual sebagai dark, milk dan white coklat.

Coklat Compound
Sejenis coklat yang diperbuat daripada lemak sayur sebagai pengganti cocoa butter. Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Tempahan Bentuk dan Jenis Coklat

Boleh menempah pelbagai bentuk dan jenis coklat seperti berikut:


Bentuk Kotak

  • Bentuk Love ada bunga disekeliling saiz XL
  • Bentuk empat segi tepat ada ribbon saiz M
  • Bentuk Love ada ribbon di atas saiz S
  • Bentuk empat segi tepat ada ribbon kecil di atasnya

Bentuk Coklat
  • Kerang
  • Love
  • Bunga Ros
  • Bunga Tulip
  • Daun Maple

Inti di dalam
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Mocha
  • Capuchino

Perasa Coklat
  • Lemon
  • Mint

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kebaikan Coklat

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat makanan berkhasiat

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan mineral yang diperlukan

Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bekteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalid merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Coklat mudah cair dalam mulut

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri  kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

Coklat mengurangkan risiko sakit jantung

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga




Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Perbandingan koko

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semulajadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.


Sumber: Chocolate: Fact On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers  Association of the U.S.A.


Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.


Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Istilah Perbezaan Kandungan Coklat

Kebiasaan di dalam kelas membuat coklat sendiri ini mereka menggunkan jenama Selbourne. Sebelum hendak membeli coklat-coklat ber block nie kena tengok juga dahulu ingredients. Jenama coklat berbeza mengikut rasa dan bahan-bahan yang digunakan jadi kekadang tidak menepati selera dan tidak menjadi bila dibuat...so, kena hati-hati.

Perbezaan antara Coklat Courveture (tulen) dan Coklat Compound (campuran) adalah "mentega koko" atau selalu di sebut "Coco Butter". Coco butter adalah lemak yang membezakan antara coklat tulin dengan coklat campuran. Kebiasaannya coklat couverture akan menggunakan susu penuh krim tetapi coklat compound akan menggunakan kombinasi susu, lemak sayuran dan whey (cecair yang tinggal setelah susu dijadikan keju) untuk mengawal harga.

Coklat yang mana sedap

Bila ditanya soalan coklat mana atau brand mana yang sedap? Sudah tentu coklat praline, iaitu coklat yang dibuat sendiri, fresh dan menepati cita rasa sendiri...tapi jika maksud soalan itu berkaitan dengan coklat asas yang digunakan untuk membuat praline, jawapannya adalah kesedapan itu bergantung kepada beberapa faktor.

Citarasa individu: Jika seseorang itu suka makanan yang manis, besar kemungkinan orang ini lebih suka coklat susu dan coklat putih berbanding dengan coklat hitam seperti kebanyakan orang di Malaysia. Jika seseorang itu biasa makan coklat berjenama mahal dari luar negara besar kemungkinan orang ini akan lebih meminati coklat hitam dan coklat import seperti Callebaut dari Belgium atau Valhona dari Perancis.

Kandungan bahan: Coklat asas mengandungi hanya beberapa bahan sahaja tetapi ia boleh mempengaruhi rasa, kelikatan dan tektur sesuatu coklat yang akhirnya dikaitkan dengan istilah kesedapan coklat. Bahan-bahan itu adalah koko mass (untuk coklat hitam dan coklat susu sahaja), lemak, gula, susu (untuk coklat susu & coklat putih) dan pembaur.

Koko hanya boleh ditanam pada 20% utara dan selatan khatulistiwa, dan jenis koko yang terbaik adalah dari species Forastero. Kualiti koko bergantung kepada suhu, kelembapan, kondisi tanah (berasid atau beralkali), teknik pertanian dan yang paling penting teknik memproses biji koko...pada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh baca di link wikipedia (chocolate).

Teknik memproses coklat: Salah satu langkah dalam proses membuat coklat couverture yang penting adalah proses yang dipanggil conching. Pada peringkat ini semua bahan dalam coklat akan digerak selama beberapa jam (antara 3 - 96 jam) untuk memecahkan partikal-partikal bahan-bahan tersebut kepada saiz yang amat kecil dan mengurangkan kandungan air dan asid dari coklat. Untuk menghasilkan coklat yang dianggap halus (smooth), saiz partikal mesti bawah dari 20 micron. Jika saiznya lebih dari 30 micron, lidah kita akan dapat mengesannya dan kita akan rasa coklat itu kasar.

Berbalik kepada soalan tadi...kerana citarasa seseorang itu berbeza, kita perlu rasa coklat-coklat yang ada dipasaran untuk kita tahu kita suka atau tidak, tidak hnaya bertanya pada individu sahaja kerana citarasa berbeza setiap orang, tetapi kalau pandai membuat coklat sendiri apa jenis sekalipun kita boleh guna...imported atal local, caranya sama sahaja...cuma rasanya mungkin berbeza (lepas ini kena tengok hargalah pula...kadang-kadang inilah yang akan mempengaruhi faktor apabila membeli coklat).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Coklat Untuk Kesihatan

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asik oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut disarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.

Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja.

Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.

Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan.

Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan. Penghidap  diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan. 

Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.

Sumber: 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Various


2 biji RM2


3 biji RM3.50


4 biji RM5


8 biji RM7


8 biji RM8.50


9 biji RM10


9 biji RM10


9 biji RM8


9 biji RM10


12 biji RM12


18 biji RM18


9 biji RM10 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Roses


Ros 50 biji RM70


 3 biji sejambak RM3.50


 45 - 50 biji RM65 (bunga hantaran)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Oreo


Oreo Upin RM2.50


1 Biji Oreo RM2.50


Oreo RM2.50


Oreo RM2.50

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Chocolate Box


Kotak Coklat Saiz S + Coklat Ros 3 biji RM10


Kotak Coklat Saiz L + Coklat Ros 25 biji RM70


Kotak Coklat Saiz L + Coklat Ros 25 biji RM70


Kotak Coklat Saiz S + Coklat Ros 5 biji RM10


Kotak Coklat Saiz L + Coklat Ros 25 biji RM70


Kotak Coklat Saiz L RM70


RM35 termasuk coklat ros di dalam


RM70 termasuk coklat ros di dalam


RM45 temasuk 12 biji coklat boleh pilih pelbagai bentuk


Kotak Saiz S inti coklat kopi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Word Chocolate


I Love U RM3.50


18 Biji + Word RM25

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Loly Princess


Loly Princess RM1.50

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Loly Flower






Loly Flower RM1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Loly Bear


Loly Bear RM1


RM1.50

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Loly Dora


Loly Dora RM1.50

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS