Powered by Blogger.
RSS

Kelas Membuat Coklat (Handmade Chocolate)

Kelas berkonsep praktikal "hands-on" ini sesuai untuk pengemar coklat yang ingin membuat coklat mengikut citarasa sendiri, sedap, mudah, murah dan halal. Peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa. Kemahiran yang diperolehi juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain menambahkan pengetahuan anda.

Info kelas pengenalan asas membuat coklat
1) Kelas akan diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) Teknik membuat inti/filling
5) Teknik mencairkan coklat compound
6) Teknik mewarna coklat
7) Teknik tempering untuk real coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Pralin compound dengan isian badam dan filling
2) Coklat Oreo
3) Coklat Oreo Edible Image
4) Lollichoc

Kadar bayaran RM180 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Nota
iii) Minum petang (percuma)

Info kelas membuat kotak coklat
1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) teknik mencairkan coklat compound
5) Teknik mewarna coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Kotak coklat hantaran saiz XL
2) Kotak coklat saiz M

Kadar bayaran RM100 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Minum petang (percuma)

Jadual kedua-dua kelas:
Setiap Sabtu dan Ahad (2.00 ptg - 6.00 ptg)
Hari Isnin - Jumaat (temujanji)

Perhatian:
i) Terhad 1 - 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan.
ii) Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.
iii) Kelas boleh juga diadakan ditempat sendiri dengan syarat melebihi seorang dan terdapat kemudahan peti sejuk untuk membekukan coklat dan tempat memasak air panas.


Post Icon

Kelas Buatan Tangan Di Rumah

Umumnya coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat secara tulen / real chocolate (coklat couverture) dan coklat compound.

Tetapi pada pandangan masyarakat, terdapat satu lagi jenis coklat yang terdapat dipasaran iaitu coklat masakan (cooking chocolate).

Hanya terdapat 2 jenis coklat sahaja yang sesuai untuk dibuat COKLAT:

  • Coklat tulen / real coklat @ couverture chocolate (MILK CHOCOLATE BLOCK)
  • Coklat compound (MILK / DARK / WHITE)

Coklat Couverture (Tulen)
Sejenis coklat yang dihasilkan menggunakan cocoa butter (lemak koko). Contoh coklat yang menggunakan coklat tulen ialah coklat Ferrero Rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal.

Juga dijual sebagai dark, milk dan white coklat.

Coklat Compound
Sejenis coklat yang diperbuat daripada lemak sayur sebagai pengganti cocoa butter. Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment