Powered by Blogger.
RSS

Kelas Membuat Coklat (Handmade Chocolate)

Kelas berkonsep praktikal "hands-on" ini sesuai untuk pengemar coklat yang ingin membuat coklat mengikut citarasa sendiri, sedap, mudah, murah dan halal. Peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa. Kemahiran yang diperolehi juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain menambahkan pengetahuan anda.

Info kelas pengenalan asas membuat coklat
1) Kelas akan diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) Teknik membuat inti/filling
5) Teknik mencairkan coklat compound
6) Teknik mewarna coklat
7) Teknik tempering untuk real coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Pralin compound dengan isian badam dan filling
2) Coklat Oreo
3) Coklat Oreo Edible Image
4) Lollichoc

Kadar bayaran RM180 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Nota
iii) Minum petang (percuma)

Info kelas membuat kotak coklat
1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) teknik mencairkan coklat compound
5) Teknik mewarna coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Kotak coklat hantaran saiz XL
2) Kotak coklat saiz M

Kadar bayaran RM100 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Minum petang (percuma)

Jadual kedua-dua kelas:
Setiap Sabtu dan Ahad (2.00 ptg - 6.00 ptg)
Hari Isnin - Jumaat (temujanji)

Perhatian:
i) Terhad 1 - 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan.
ii) Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.
iii) Kelas boleh juga diadakan ditempat sendiri dengan syarat melebihi seorang dan terdapat kemudahan peti sejuk untuk membekukan coklat dan tempat memasak air panas.


Post Icon

Kebaikan Coklat

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat makanan berkhasiat

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan mineral yang diperlukan

Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bekteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalid merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Coklat mudah cair dalam mulut

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri  kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

Coklat mengurangkan risiko sakit jantung

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga




Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Perbandingan koko

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semulajadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.


Sumber: Chocolate: Fact On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers  Association of the U.S.A.


Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.


Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment