Powered by Blogger.
RSS

Kelas Membuat Coklat (Handmade Chocolate)

Kelas berkonsep praktikal "hands-on" ini sesuai untuk pengemar coklat yang ingin membuat coklat mengikut citarasa sendiri, sedap, mudah, murah dan halal. Peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada di rumah dan boleh digunakan bila-bila masa. Kemahiran yang diperolehi juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain menambahkan pengetahuan anda.

Info kelas pengenalan asas membuat coklat
1) Kelas akan diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) Teknik membuat inti/filling
5) Teknik mencairkan coklat compound
6) Teknik mewarna coklat
7) Teknik tempering untuk real coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Pralin compound dengan isian badam dan filling
2) Coklat Oreo
3) Coklat Oreo Edible Image
4) Lollichoc

Kadar bayaran RM180 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Nota
iii) Minum petang (percuma)

Info kelas membuat kotak coklat
1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang jenis-jenis coklat
3) Bahan-bahan dan peralatan disediakan
4) teknik mencairkan coklat compound
5) Teknik mewarna coklat

P/S: Coklat yang siap boleh dibawa pulang

Resepi yang akan dipelajari
1) Kotak coklat hantaran saiz XL
2) Kotak coklat saiz M

Kadar bayaran RM100 termasuk:
i) Bahan-bahan yang digunakan
ii) Minum petang (percuma)

Jadual kedua-dua kelas:
Setiap Sabtu dan Ahad (2.00 ptg - 6.00 ptg)
Hari Isnin - Jumaat (temujanji)

Perhatian:
i) Terhad 1 - 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan.
ii) Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.
iii) Kelas boleh juga diadakan ditempat sendiri dengan syarat melebihi seorang dan terdapat kemudahan peti sejuk untuk membekukan coklat dan tempat memasak air panas.


Post Icon

Coklat Untuk Kesihatan

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asik oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut disarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.

Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja.

Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.

Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan.

Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan. Penghidap  diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan. 

Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.

Sumber: 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment